Aktiviti dan Program
Matlamat Aktiviti dan Program
MUQADIMAH
Segala puji bagi Allah,Tuhan sekelian alam,Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Marilah kita angkat setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana memberikan keamanan dan kestabilan dalam negara yang tercinta ini.Kita Pemuda UMNO adalah pewaris perjuangan Parti,bertanggungjawab untuk terus menyalakan obor perjuangan demi meninggikan syiar Islam,memartabatkan maruah bangsa dan mendaulatkan kemerdekaan negara.Kita adalah penerus perjuangan membawa suara hati nurani bangsa.Kesempatan ini hendaklah digunakan secara bijak dengan menyuarakan pendapat dan pandangan dengan penuh bertanggungjawab,menyuarakan tuntutan dan saranan dengan penuh kematangan dan hikmah.
Perjuangan Parti tidak bernah berakhir malah bertambah luas skopnya dari hari ke hari merentasi sempadan negara,melintasi sempadan geografi.Pendakian gunung maruah dan martabat negara dalam kaca mata dunia tidak akan berakhir.Pergerakan pemuda hendaklah menggalas tanggungjawab membina dan membangunkan masyarakat yang berpegang kepada ajaran islam.Pemuda UMNO bersedia untuk bangkit di alaf baru.Pemuda UMNO bersedia menjana kebangkitan generasi muda Melayu menghadapi cabaran ini.Tuduhan-tuduhan liar pembangkang yang menfitnah dan mencemuh segala usaha pemimpin kita perlu digagalkan daripada meresap ke dalam jiwa rakyat.Pemuda mesti berpegang kuat kepada nilai dan budaya politik yang betul.Jangan dengki,jangan khianat dan yang penting sekali jangan leka.Sekali kita berpecah kita pasti rebah oleh itu marilah kita menjulang obor perjuangan,semarakkan semangat dan bulatkan tekad perjuangan.
Gelombang ekonomi bagaikan tsunami sedang dan akan terus melanda kita.Eknonomi telah beralih dari revolusi pertanian ke revolusi perindustrian dan kini berada di dalam era revolusi maklumat.
Revolusi maklumat berkembang pesat melalui kecanggihan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT).Di dalam era ini masyarakat melayu lebih tercabar menghadapi saingan bukan sahaja daripada bukan bumiputera di dalam negara malah menghadapi persaingan global dengan semua bangsa di dunia diatas satu pentas.
Biro Sukan Pergerakan Pemuda Umno Cawangan Paya keladi akan mengadakan program sukaneka pada 15Jun 2008 bersamaan 11Jamadilakhir 1429 bertempat di Padang Bolasepak 5 sebelah Insan Kental.Pada hari yang sama Biro ICT akan melancarkan Laman Web Pergerakan Pemuda Umno Cawangan Paya Keladi dimana kedua-dua aktiviti ini akan dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas Dato Ahmad Bin Darus,beliau akan disertai Ketua Cawangan Umno Paya Keladi Dato Jammaluddin Omar,Ketua Pakatan
Permatang Tinggi B Tuan Hj Aziz Abdullah,Sdr Nordin,Sdr Nazli Aziz,Sdr Hamdan Hashim dan Sdr Azmi Ali AJK Pemuda Umno Bahagian.Pergerakan Pemuda Umno Cawangan Paya Keladi berharap majlis akan berjalan dengan lancar serta diberkati oleh Allah S.W.T.
Pendidikan
Kepentingan pendidikan perlu disulam kedalam masyarakat kita supaya ianya tidak lagi merupakan suatu opsyen yang boleh diketepikan atau dipinggirkan kerana ianya merupakan sesuatu
yang perlu digolongkan sebagai suatu keperluan asas.Kita mahu mewujudkan suatu bangsa yang berpendidikan dan mampu menghadapi apa jua cabaran yang perlu bagi meletakkan kita setara dengan bangsa-bangsa lain didunia.Kerajaan malaysia pimpinan Umno tidak pernah mengabaikan pendidikan atau meletakannya sebagai sesuatu yang merupakan aksesori kepada rakyat.Pendidikan yang tinggi akan menlengkapkan kita dalam dunia tanpa sempadan kini.Pemuda Umno telah memainkan peranan dalam menyuarakan rasa bimbang terhadap sisitem meritokrasi dalm pengambilan pelajar di menara gading,namun dengan bimbingan dan semangat juang yang jitu anak-anak melayu telah membuktikan pencapaian mereka dapat menandingi pelajar-pelajar lain dalam pencapaian mereka.
Kebajikan
Sukan dan Rekreasi
Senarai Laman Web Umno yang berkenaan.
UMNO On Line
Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas
Selayang Pandang
Aktiviti Semasa

Notifying Visitors of Site Enhancements
Customizing and Personalizing My Site
Behind the Scenes of My Home Page
